BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, February 24, 2011

ragam manusia (:

bende ni berlaku semalam , mase aku kerja . x boleh bla kot . aku x tau lha citer aku ni klakar ke x utk korang tapi bagi aku klakar sgtsgt . ade jugak un orang camni kat malaysia ni . HAHA . btw , hope korang enjoy lha ek bace cerpen ni , ;D

-1st situation
ibu dan anak ingin membeli laksa .
ibu : dik , bagi akak laksa satu .
aku : okayy , okayy .
anak : ibu , kenape acik tu bungkus teh tarik ?
ibu : teh tarik ? ouh , tu bukan teh tarik lha sayang . tu kuah laksa .
anak : eh ,eh . ye ke . kaler same je bu .

lalu , si anak pun ketawa . konon nak cover malu lha tu ! HAHA .



-2nd situation
sorang makcik ingin membeli nasi lemak 

makcik : dik , bagi makcik nasi lemak satu .
aku : okayy . okayy .
makcik : nasi lemak ni taruk ikan bilis tau dik .
aku : dalam sambal ni dah ade ikan bilis makcik -,-
makcik : tapi makcik nak ikan bilis yang dalam tupperware tu .
aku : ouh , ini ke ? *sambil tunjuk ikan dalam tupperware tu* ini bukan ikan bilis , ini ikan masin lha , makcik ni baru kuar gua ke ? ;D
makcik : lha , ye ke . sory lha dik . makcik x nampak lha .



adoyy , makcik ni . ikan bilis dgn ikan masin pun x tau beza ke ? HAHA  
   

Tuesday, February 22, 2011

Dato' Sudirman Haji Arshad ! jasamu dikenang (: !

Sudirman Haji Arshad dilahirkan pada hari Rabu, 25 Mei 1954 di no. 48, Jalan Ibrahim, Temerloh, Pahang. Anak kepada Puan Hajjah Romlah binti Dahalan dan Haji Arshad bin Haji Hassan.
Di zaman persekolahan
Ibunya, seorang wanita yang aktif di arena politik sebagai Ketua Wanita UMNO Pahang Selatan dan Wakil Rakyat Pertama 1955 mewakili Kawasan Temerloh, telah meninggal dunia pada tahun 1959 di usia muda 32 tahun (ketika Sudirman berumur 5 tahun) setelah mengidap penyakit kanser. Bapanya adalah pengurus Syarikat Bas Temerloh (Temerloh Bus Company), juga seorang ahli politik UMNO di Temerloh, Pahang. Bapanya telah berkahwin dengan Puan Mariam binti Mohammad setelah kematian isterinya, sebelum meninggal dunia pada 1978.
Sudirman adalah anak bongsu, adik beradik yang lain - Zainuddin, Rudiah, Basir, Roslan dan Roaini. Dari sejak kecil, Sudirman sering menyanyi di mana sahaja. Di sekolah pula, beliau memasuki pertandingan bersyair, berpidato, berpantun, kuiz dan terlibat dalam persembahan teater dan koir sekolah. Dia suka bersukan, senang berpidato dan setiap waktu di perpustakaan.


Sudirman memulakan persekolahnya pada tahun 1961 di Sekolah Rendah Abu Bakar (Mentakab), Sekolah Kebangsaan Jalan Bahagia (Temerloh) dan Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar (Kuantan), Pahang sehingga beliau menamatkan Tingkatan 6. Sebelum memasuki Tingkatan 6, Sudirman menjalani kursus persediaan di ITM Petaling Jaya. Beliau mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negeri tetapi dia menolak tawaran itu.
Pada tahun 1976, beliau melanjutkan pelajaran di Fakulti Undang-undang, Universiti Malaya (Kuala Lumpur). Di sebalik kepadatan jadual dalam bidang seni, beliau masih dapat membahagi masanya dengan baik di antara menyanyi dan kelas tutorial di Universiti Malaya. Pada tahun 1980 beliau telah menerima Ijazah undang-undang (LL.B) dengan mendapat Kepujian Kelas Ketiga. Tahun 1983, Sudirman menjalani latihan guaman dan diiktiraf sebagai Peguam pada tahun 1984. Bagaimanapun, Sudirman meninggalkan bidang guaman kerana memilih bidang seni sebagai kerjayanya.


Sudirman Haji Arshad mula mencipta namanya sebagai penyanyi apabila dia berjaya merebut gelaran Johan Bintang RTM peringkat akhir yang diadakan di Melaka pada 11 Ogos 1976. Beliau mendendangkan lagu Seruling Bambu dan Big Spender. Di peringkat awal saringan, beliau memberi jawapan spontan "seluar pinjam..." apabila disoal oleh pengacara rancangan mengenai seluar besar yang dipakainya. Para penonton suka caranya yang berterus terang. Beliau mendendangkan lagu Jali Jali, sebuah lagu klasik dari Indonesia. Jelas sekali suaranya memang unik.


shisha vs rokok !

Kesan bahaya Shisha atau Hookah lebih teruk 400 kali ganda berbanding hisap rokok dan ada yang katakan sampai 450 kali ganda teruknya..Wahhh terkejut kan? kita selalu dimomokkan bahawa hisap shisha ni takde kesan apa-apa berbanding isap rokok sebab katanya tembakau rokok dah diedit letak macam - macam sedangkantembakau shisha atau hookah ni hanyalah tembakau berperisa. 

SHISHA, antara sedar atau tidak, dianggap trend atau kecenderungan yang semakin menular sekarang. Di Malaysia, penggunaan shisha semakin popular di kota metropolitan yang sentiasa menyaksikan drama kehidupan muda-mudi dengan gaya hidup bebas baik lelaki mahupun wanita.

Secara am, shisha menjadi antara pilihan masyarakat bandar untuk melepaskan tekanan sambil santai. Sedangkan ia bukan gaya yang positif, tambahan pula apabila golongan remaja termasuk wanita turut terbabit. Shisha lebih bahaya berbanding rokok dari pelbagai segi.

Walaupun wujud persepsi buruk terhadap penggunaan shisha dalam kalangan masyarakat umum, segelintir orang masih ketagih dengan amalan popular dari Asia Barat ini. Kemunculan shisha masih baru di negara ini, namun pengaruhnya cukup menakjubkan. Ramai menyatakan ia lebih selamat daripada merokok, tetapi ia tidak wajar sama sekali kerana kandungan asas bagi rokok dan shisha adalah sama, iaitu tembakau. Tembakau yang digunakan untuk rokok diasapkan terlebih dulu sementara tembakau yang digunakan untuk shisha diperam.

Air dalam shisha tidak dapat menapis banyak jenis toksin dalam asap shisha. Shisha juga mengandungi nikotin, karbon monoksida dan lain-lain bahan seperti rokok biasa. Bahkan arang yang digunakan mendap dalam salur pernafasan dan meningkatkan masalah paru-paru kepada lebih teruk berbanding rokok biasa yang juga berbahaya dari segi bahan pengawet digunakan untuk mengawet dan merawat tembakau dalam rokok.

Bagi mereka yang menghisap shisha di kedai kopi, perkongsian paip shisha mendedahkan mereka kepada bahaya lain seperti penyakit yang merebak melalui air liur. Penyakit yang biasa kita dengar, berjangkit akibat berkongsi shisha adalah TB (batuk kering) . Tidak hairanlah jika kes TB di Mesir menjadi satu kebiasaan di semua hospital.
macam-macam sedangkan tembakau shisha atau hookah ni hanyalah tembakau berperisa.

Sunday, February 20, 2011

hot ticket ): !


HOT TICKET INTERNET . konon nak online gune fon lha kan .  lepas beli , balik lha ape lagy . HAHA . excited sgt kot nak online .lepas masukkan number dia bagai , maxis hantar mesej , THANK YOU , PLS WAIT FOR CONFIRMATION MESSAGE BEFORE YOU CAN START BROWSING -,- f**k lha , kalau tunggu tu sekejap x pe , ni nak dekat sejam kot . so aku pn tunggu lha , ZzZZz , pukul 12 malam , maxis hantar mesej lagy , SORRY , YOU REQUEST TO ACTIVATE THE INTERNET HOTTIX PASS IS UNSUCCESFUL . KINDLY CALL 123(MAXIS) OR 1300820120(HOTLINK) FOR ASSISTANCE . THANK YOU . perghh , sape x menyirap kan dapat nsj cmni , dah lha kene tunggu , alehaleh dpt msj cmni , mmg nak kene bom gak lha kan mxs ni , korang tau mane HEADQUARTERS MAXIS ? kalau tau rogerroger lha ek ? HAHA . so , aku pun try lha call number yg dia bagi tu , teet teet , teet teet , terime kaseh kerane menghubungi hotlink , utk bahase malaysia tekan 1 , for english press 2 . so , aku pun tekan lha 1 . amda tlh memilih bahase malaysia , utk pertanyaan tentang bla bla bla , tekan 1 , utk pertanyaan tentang perkhidmatam maxis tekan 2 , so kene tekan 2 lha kan . lepas tu operator tu ckp perbualan ini mungkin dirakam , utk meningkatkan tahap keselamatan kami akan sambungkan anda dgn perunding perkhidmatan pelanggan kami . sila tunggu sebentar . so sementara nak tunggu dia sambung ade lha caller ringtone . konon nak hiburkan hati aku lha tu . HAHA . tapi caller ringtone x boleh bla , lagu 1malaysia ! HAHA , tergelak aku korang tau x . manemane lha maxis dpt kan lagu tu . pastu tetibe dia angkat . HELLO , saye kavitha , boleh saye ceriakan hari anda ? HELLO , saye kavitha , boleh saye ceriakan hari anda ? ceh , kau dah makan duit aku , boleh tanye aku camtu lagi kan . F**k lha ! F**k lha ! padan muke kau kene maki dgn aku ! MUAHAHAHA . *serik dha gune hot ticket ni , huh ! *
hot ticket konon ! pegy daa ! HAHA

Saturday, February 12, 2011

ouh futsal !

satu hari nanti (:
futsal futsal futsal futsal futsal ! obses dgn futsal kot . sejak court dah tutup , stahun x main futsal kot . haha . semalam , lepaskan gian main futsal kat selayang mall ! dah lame x main , so main mcm ape ntah semalam plus cuace panas mcm ape . haissh .
selamat lwn team sakaisakai je . haha . sory dude . 
thankss megat , zai , yazid , opie , aman . korang bekerja keras ! kita main mcm barca lha semalam . HAHA

lepas habis main , perut pun dah lapar , ape lagi . mdonald lha . masingmasing pelahap . 

time dlm bas , mcmmane boleh timbul idea nak gi taman metrpolitan pun aku x tau . sehari suntuk x balik rumah and sehari suntuk jugak x cium bau nasi ! perut menggelupur mcm ape ntah . 

kaki kanan pijak je pintu masuk taman metro tu , hujan pun turun ! mmg terbaik lha kan . kitorang datang , orang balik . buat sakit hati je . baru ingat nak main layang2 . berteduh lha kitorang kat taman tu bersame2 haiwan yg bername anjing . HAHA . kalau sekor x pe lha , ni sampai tiga . haissh . dugaan , dugaan . 

lps tu , hujan pun berhenti , semue nak balik . so kitorag pun gerak lha . kita balik , org datang . mmg best lha kan . balik rumah , masingmasing kebulur nasi ! HAHA , manusia , manusia ! 


Friday, February 11, 2011

family baru !

hee , smlm aku dpt family baru kot . 3 orang , eh maksud aku 3 ekor . haha . smlm , kucing aku yg nak dekat setahun bunting tu , dah selamat lahirkan anak beliau . mereka sgtsgtsgt comel ! 2 ekor warne oren and sekor lagi warne kelabu ! sgtsgt colourful ! hee . hope tigatiga ekor tu jantan , sbb mak aku ckp x larat lha nak bela kucing betina ni , asyik beranak je . haha . mcmmcm lha mak ni . tp org ckp kucing tu pembawa rezeki , hmm , btol lha kot . so , citer aku habis kat sini je lha . hope korang enjoy bace citer yg x menarik ni . sekian , TERIMA KASIH ! :)

*bunyi mercun semalam masih terngiang-ngiang dlm kepale otak ! HAHA

budak baru !

masih pening , x tau nak tulis ape . maklum lha , bdk baru ! HAHA . btw , shafiq here . still newbie ! and masih lagi lembab dlm dunia blogging ni -,- . korang tolong lha ajar ye ! terima kasih ! dan salam perkenalan ! 
*blog ini mungkin jarang update disebabkan kemalsan saye ! hee .